Isnin, 27 Julai 2009

PERMAINAN DULU-DULU

2.Hoki

Sebut pasal Hoki teringat saya dengan guru kimia saya semasa tingkatan Empat dulu.Sekitar tahun 1979.Guru saya ini berbangsa cina.Beliau adalah pemain Hoki bagi pasukkan Negeri Sembilan masa itu.He he,saya berasal dari Negeri Sembilan lah.
Hoki?
Kami pun pernah main dan buat sendiri sama ada kayu Hoki tersebut atau bolanya.

Cerita pasal kayu Hoki ni dulu.Nak beri tahu dulu nama asal Hoki ini.Adalah di percayai nama hoki berasal dari bahasa Perancis,iaitu 'Hoquet'.
Kayu Hoki ini kami buat dari pokok buluh.Bukan buloh untuk buat lemang.Kami pilih buloh yang benar-benar sesuai untuk buat kayu Hoki.Buloh yang kecil diameter nya dan yang mempunyai ruas yang pendek-pendek.Tahu tak apa itu ruas?Ruas ialahbahagian yang tumbuh daun-daun buloh tersebut.Jika ruas ini pendek-pendek maka kuat sikit kayu Hoki itu nanti,juga berat sedikit dari ruas yang panjang-panjang.Yang terpenting pastikan bahagian bawah buloh tersebut melengkuk sedikit(Umbi).Setelah dipotong dibahagian buloh yang bengkuk tersebut,semasa hendak membentuk ianya jadi kayu Hoki bahagian depan (umbi) dikikis supaya jadi jadi rata.Sementara dibahagian belakang dibiarkan dalam keadaan asal.
Maka terhasillah sebatang kayu Hoki sebagaimana yang sebenarnya iaitu dibahagian rata untuk memukul bola,sementara dibahagian belakang jika terkena bola 'fault" akan berlaku.

Khamis, 23 Julai 2009

PERMAINAN DULU-DULU

Games?

Kumputer?..Dari internet?
Talipon Mudah Alih?
Player station?......... bermacam-macam lagi..

Kalau sekitar 80an dulu.......nak main games,berkunjunglah ke pusat hiburan yang terdapat mesin slot games tu.
> Pinball?
> Lumba kereta/Motor?
> Kung fu?.... Dan macam-macam lagi.

Sekarang ni ada lagi Pusat-pusat hiburan ini.Mungkin dah terdapat Mesin-mesin Slot yang lebih canggih-manggih.

Cyber Cafe?... Ni Pusat permainan yang terkini masa kini.Saban hari dikunjungi oleh kanak-kanak dari berumur 8 tahun ke 18 tahun.
Di rumah bukannya tiada kumpoter yang ada talian internet,tetapi sengaja memilih CC untuk bermain games.Adalah sebab-sebab tertentu tu.
Tapi semuanya memerlukan duit.Sejam mungkin RM2.Kalau duduk disitu 2 ke 3 jam,atau berjam-jam,tentu banyak bayaran yang perlu di keluarkan.
Yelah,tak apa,ibu bapa dah bekalkan duit yang agak lumayan juga.Kerja kuat yang dilakukan memang untuk anak-anak atau keluargakan.

Setelah habis main (keluar dari CC tersebut),apa yang anak-anak kita dapat?
Kepuasan?.Memanglah puas,tapi sekejap itu je.
Terror?.Maksud saya hebat dalam satu-satu permainan yang telah dimainkan tadi.Iaitu mendapat markah yang tertinggi dari kawan-kawan yang lain.
He he,yang terror atau hebat sebenarnya ialah pereka perisian 'games' permaianan tersebut.
Tak ada apa-apa kepuasan yang sebenarnya bila bermain games ini.Asyik menghabiskan dui sahaja.Maaf,bagi yang berduit memanglah tiada masalah.........

Jeng...jeng.. Disini saya hendak menceritakan PERMAINAN DULU-DULU yang saya dan semua kanak-kanak sebaya dulu, dalam mencari kepuasan untuk bermain.Memanglah kita akan kata,ala dulu mana ada kumpoter dan lain-lain lagi.Itulah hakikatnya.Kalau sekarang ada kumpoter tapi kita masih boleh mainkan permainan DULU-DULU tu,kalau mahulah.
Tapi kalau dulu,memang tak dapat main kan permainan macam sekarang ini.Kumpoter tiada.

1) GASING

Dulu kalau bab-bab main ni macam ada musim.Kalau ada je seseorang kanak-kanak main kan sesuatu permainan tu,maka adalah yang mengikutnya.Ye la,takkan nak main sorang-sorangkan?
Dikedai runcit ada jual gasing ni.Ala beratnya mungkin tak sampai 50 gram.Main gasing ni kepuasannya ialah dapat memecahkan gasing lawan.Kalau tak pecah pun sobek pun dah dikira hebat tu.Gasing yang dibeli tu kalau sekali libas je dengan gasing buatan sendiri tentu pecah punya.
Perkara pertama yang perlu difikirkan bila hendak membuat Gasing ini ialah dari pokok apa hendak diambil.Pokok yang baik dan mudah untuk diambil ialah pokok "Biawas"(he he,pokok jambu batu la) dan pokok Limau.Pokok Limau adalah yang terbaik kerana batangnya liat.Tentu susah sikit untuk pecah bila "di pangkah" oleh pihak lawan nanti.
Sebaik-baik bahagian pokok ini untuk dibuat Gasing ialah dibahagian pangkal dahannya.
Seelok-eloknya gunakanlah parang yang tajam.Buatkan dua garisan disekeliling batang pokok Limau tadi.Jaraknya bergantung lah berapa besar batang tersebut dan berapa besar untuk di buat Gasing tersebut.Dibahagian atas garisan buatkan untuk kepala Gasing.Iaitu dengan mengkikis batang Limau tersebut dengan parang keatas,bagi membentuk separuh bulatan.Untuk membentuk kepala Gasing tersebut.
Sementara bahagian bawah garisan kikis kebawah dengan condong kedalam bagi membentuk
untuk di tanamkan paku untuk melengkapkan ianya jadi sebuah Gasing.Besar atau kecilnya paku tersebut bergantung dengan saiz Gasing yang telah disiapkan. Proses meletakkan paku ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.Agar paku tidak condong atau Gasing tersebut pecah.Jika paku dipasang condong,pergerakkan Gasing itu nanti akan gelong.Setelah paku di pasang potong bahagian paku tersebut.Kemudian di asah hujung paku tersbut,agar tajam.
Maka jadilah sebuah Gasing buatan sendiri.
Tali?.Kami tidak gunakan tali yang biasa dijual di kedai.Kami gunakan tali yang di ambil dari kulit pokok.(Maaf.Nama pokok tersebut saya telah lupa).Nanti saya akan cari nama pokok tersebut.Setelah diambil kulit pokok tersebut,dikeringkan dahulu,sebelum di pintal menjadi tali Gasing.
Pangkal tali tersebut diikatkan lah ke kepingan tutup botol.Untuk jadi pemegang tali Gasing tersebut.Sementara dihujung tali tersebut kami lekatkan dengan gam yang diambil dari sarang sejenis serangga bernama kelulut(seperti penyengat.Tetapi serangga ini tidak menyengat).Supaya hujung tali tersebut tidak terburai.
Siaplah sebuah Gasing yang kami buat sendiri.Maka kami pun main bersama-sama.Sesiapa yang Gasingnya tidak pecah-pecah dan mampu memecahkan Gasing lawan,maka dialah dianggap paling Terror antara kami.Kepada Gasing yang selalu pecah,maka buat lagi Gasing baru.Cuma ambil paku dari Gasing yang pecah tadi,untuk digunakan pada Gasing yang bakal dibuat kelak.




Nantikan sambungannya.
p/s:Kalau ada kawan-kawan untuk muatkan permainannya DULU-DULU sila tolong saya.tk.